Skip to main content

FAEDAH SKIM RUMAH PERTAMA KU


FAEDAH SKIM RUMAH PERTAMA KU

APA ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

-------

Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) adalah skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2011. Namun kesedaran tentang kemudahan yang diberikan ini masih rendah dalam kalangan masyarakat kita. Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak memanfaatkan peluang ini. Apa tidaknya skim ini membenarkan pemohon yang layak untuk ambil pembiayaan pinjaman sehingga 110% daripada harga hartanah. Apa yang lebih menarik tentang pembiayaan ini ialah ianya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang ingin memiliki rumah pertama.

.

Tidak perlu risau tantang kewujudan skim ini, anda boleh semak melalui laman web rasmi http://www.srp.com.my/bm/ untuk keterangan yang lebih lanjut. Skim ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Cagamas. Kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan dan bantuan ini melalui pelbagai platform. Selagi mana peruntukan masih ada, maka rebutlah peluang ini jangan lepaskan. Jika tidak peluang ini akan disambut oleh pemohon lain. Kita tidak tahu bila lagi kerajaan akan melanjutkan atau memberikan kemudahan seperti ini di masa akan datang.

.

Antara syarat yang melayakkan anda mendapatkan kemudahan ini ialah :

> Pembeli rumah pertama (baru pertama kali hendak membeli rumah)

> Warganegara Malaysia yang sah

> Makan gaji atau bekerja sendiri

> Pemohon individu atau bersama

> Pendapatan tidak lebih daripada RM5,000 – Pemohon individu / bersama

> Pendapatan isi rumah untuk permohanan bersama adalah lebih daripada RM5,000 dan tak lebih daripada RM10,000 – (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan setiap pemohon tak lebih daripada RM5,000). Gabungan pendapatan bulanan tak lebih dari RM5,000 untuk hartanah bawah RM300,000

> Tak ada rekod kewangan yang terjejas (macam tidak membayar pinjaman dll) dalam masa 12 bulan yang lepas.

.

Kriteria dan spesifikasi hartanah yang boleh digunakan untuk Skim Rumah Pertamaku ini ialah :

> Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder di Malaysia

> Harga maksimum RM500,000

> Hartanah harus dihuni oleh pemilik

> Nilai hartanah pula bergantung pada polisi bank yang menyertai skim ni. Pada kebiasaannya bank akan nilai harga belian atau harga pasaran untuk tengok mana yang lagi rendah. Pihak bank cenderung memilih harga pasaran yang rendah.

.

Terma pinjaman untuk pembiayaan ini adalah seperti berikut:

> Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan. Bayaran kadar faedah yang biasa kita lihat yang mana baki dan faedah dibayar secara ansuran.

> Tiada ciri yang boleh diubah, contohnya tak boleh keluarkan duit yang dah dibayar untuk pinjaman.

> Wajib ada insuran/Takaful untuk perlindungan kebakaran.

> Untuk pembelian rumah bernilai RM300,000 dan ke bawah, dan anda mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

> Wajib tamatkan modul pendidikan kewangan yang disediakan oleh AKPK.

Tak boleh jual rumah dalam masa 5 tahun selepas pembelian.

.

Anda boleh menyemak bank yang memberi kemudahan ini. Setakat ini, ada 23 bank yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku. Pembiayaan pula secara konvensional atau islamik. Di sini anda mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda. Sebelum anda memohon pastikan anda menepati setiap syarat dan terma yang ditetapkan. Walaupun prosesnya agak panjang sedikit, namun ianya masih kemudahan yang boleh dipertimbangkan bagi yang memerlukan.

 

 

HANIF PERUNDING HARTANAH PAHANG JUAL BELI TANAH DAN RUMAH SEKITAR PAHANG


Comments

Popular posts from this blog

PROJEK PERUMAHAN PAHANG TAMAN PULAI INDAH (FASA 2) TEMERLOH

  TAMAN PULAI INDAH (FASA 2) TEMERLOH ============================= A) Jenis Banglo 1 tingkat ~   Berbaki 2 unit B1-5 RM358.6K & B1-6 RM373.2K 😎 Jenis Rumah Kembar 1 Tingkat (RB1/B) ~ Berbaki 6 unit saja     RB-10, 14, 15, 16, 17 & 18     Harga dari 269.9K hingga 284.3K ~ Diskaun 5K ~ Kos Guaman di tanggung pemaju sehingga 6K sahaja 3 bilik tidur + 2 bilik air Saiz rumah 26' x 40' Saiz tanah 2840sqft C) Jenis Teres Setingkat ~ Berbaki 1 unit saja ~ No T1-63 = RM188K ~ Diskaun 5K ~ Kos Guaman ditanggung pemaju sebanyak 6K saja 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air Saiz 20 x 70 Tanah Rezab Melayu Hakmilik Kekal Tempahan RM500 sahaja Sila hubungi Hanif 013-9607595

Perumahan Baru Taman Ixora Mentakab

  📷 Taman Ixora Mentakab   📷 (dalam kawasan Bandar & belakang Sekolah Tamil Mentakab) A) 📷  Rumah Jenis Teres 2 Tingkat i)  📷 RT1 - Saiz 20 x 70 4 bilik tidor + 3 bilik air Harga RM358K - RM438K ii)  📷 RT2 - Saiz 23 x 70 4 bilik tidor + 4 bilik air Harga dari RM378K - RM428K 📷   📷  Rumah Berkembar 2 Tingkat Harga dari 458K - RM558K TAWARAN ISTIMEWA KEPADA PARA PEMBELI ~ Kos Guaman Percuma ~ Diskaun 10% ~ Tambahan Rebat sebanyak RM8K kepada pembeli awal Hakmilik Kekal Lot Antarabangsa Hubungi : HANIF 013-9607595

Soft Launch - Taman Kenari Fasa 2 Padang Tenggala, Temerloh

Soft Launch - Taman Kenari Fasa 2 Padang Tenggala, Temerloh ============================ - Tapak perumahan di kawasan tanah tinggi & bebas banjir 2021 - berhampiran Vanilla Temeroh - Pembinaan akan bermula 16 Rumah Kembar Saiz 20'x48' & 22'x48' Harga dari 258k hingga 7 unit rumah teres 3 bilik + 2 bilik air Saiz 20x46'9" & 22x46'9" Harga dari 250k hingga 322,960.00 Diskaun diberi kpd pembeli awal Kos Guaman PERCUMA Dibuka utk tempahan dahulu HANIF 013-9607595